Thursday, April 28, 2011

Nak lagi ker petua??

Mengekalkan Kecantikan Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan (1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda (1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka (1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka (2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
Hilangkan ParutJika anda mempunyai kesan parut, anda boleh menghilangkannya dengan menyapu lendir lidah buaya. Cuma sapu lendir itu pada parut. Lakukan tiga kali seminggu. Insya-Allah, parut akan hilang.

Ikan Tidak HanyirAsam Jawa dapat menghilangkan hanyir ikan pari dan ikan duri. Mula-mula ambil asam jawa dan air, diramas didalam satu bekas. Kemudian masukkan ikan pari atau ikan duri selama setengah jam. Selepas setengah jam, kikis hanyir pada badan ikan tadi hingga habis. Kemudian barulah dipotong ikan tadi dan diramas dengan asam jawa bersama garam kasar berkali-kali. Kosek hingga bersih dan putih serta hilang hanyirnya. Selamat mencuba. Insya-Allah, hanyir akan hilang.

Keputihan Pada Mulut BayiCaranya, titikkan satu atau dua titik air hangat (suam-suam kuku) pada tempat yang putih, dalam seminggu. Insya-Allah, keputihan itu akan sembuh. Boleh juga ambil serbuk penaik lalu dibubuh didalam air suam. Kemudian celupkan kapas dan sapukan pada lidah bayi.



Khasiat OatOat, selain enak dimakan, juga berkesan merawat kulit kering dan berkedut. Caranya, bubuh dua camca teh oat didalam mengkuk, gaulkan dengan susu pembersih muka atau pelembap muka dan sapu pada kulit (sental kulit dengan penyental dahulu). Tunggu 5 - 10 minit dan bolehlah dicuci. Hasilnya kulit lembut, halus, tidak kering serta menjimatkan wang.

Nak petua??

Jom kongsi.mana tau kot ada yang boleh dipraktikkan.

Petua : Menghilangkan tahi lalat.Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!....
                                                                               

Petua : Menghilangkan parut jerawat.Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
                                                                               

Petua : Mengilatkan kuku.Ambil Bata dan asahkan sehingga keluar abuk-abuknya, kemudian abuk tersebut digesirkan ke atas kuku sehingga kelihatan berkilat sedikit. Kemudian basuh dengan air suam. Lakukan setiap 2 hari berturut-turut untuk kelihatan lebih
berkesan. Anda akan mendapat hasil pengilatan kuku yang baik.
                                                                               

Petua : Menyerikan wajah.Jika anda ingin kelihatan berseri-seri sepanjang hari ..amalkanlah petua ini ambil air basuhan beras yang pertama .. basuh muka anda sebelum masuk tidur..tunggu selama 15 minit.. baru cuci dengan
airsuam.. jadi cubalah petua ini anda akan tahu hasilnya sendiri.
                                                                               
Petua : Anak kencing malam.Mengelak anak yang selalu kencing malam.. petuanya begini ..ambil pucuk daun inai beberapa helai.. selepas itu cuci bersih-bersih lalu rebus dengan dua gelas air... kemudian tunggu, hingga air rebusan menjadi segelas saja. amalkan setiap malam. Insyaallah akan mujarab.
                                                                               
Petua : Melicinkan muka.Gunakan Putih telur sahaja, campurkan dengan Limau Nipis dan Susu Cair / Manis. Kemudian sapukan pada Wajah ( sebagai masker ). Insyaallah berkesan.
                                                                               

Petua : Menghilangkan hitam-hitam dimuka & jerawat.Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan
beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya...Semoga anda berjaya dan selamat mencuba...Amin.
                                                                               

Petua : Menumbuhkan janggut , misai & jambang.Mungkin ada di antara kita yang menginginkan janggut, misai & jambang..ambil putih telur dan sapukan di kawasan yg anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri.. amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insyaallah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.
                                                                               

Petua : Badan langsing selepas bersalin.Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
1 ) Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
2 ) Tumbuk kesemua sehingga lumat.
3 ) Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
                                                                               

Petua : Ikan gulai lebih lembut dan sedap.Jika anda ingin sedapkan lagi masakan anda utama nya yang menggunakan ikan campurkan sedikit halba kedalam masakan anda,Insyallah ikan itu akan lebih lembut dan sedap.Cubalah....
    
                                                                               
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh) Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Penawar Resdung Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan Cagu Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyerikan Wajah Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Menghaluskan Kulit Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Menghilangkan Bau Badan Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan Rambut Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Merawat Kulit Berkedut Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan Bulu Mata Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan Rambut Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Kulit Cerah dan Licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Mengurangkan Dengkur Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan Ketuat Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Wednesday, April 27, 2011

Betul x keputusan ni?

kawan2..i really need ur help...betul x tindakan aku ambik utk bereti keje ni??

alasan aku sbb per nk bereti adalah seperti berikut:
1-paling utama sekali aku x minat keje QS ni...walau mcm mana aku merelakan diri pun hati ni tetap kata x minat..aku lasung xder passion dlm job ni.
2-sbb keje aku sekarang ni hanyala CONTRACT..no EPF (KWSP)..no ELAUN.nama jer level J41 but gaji still at level Technician..wat keje level J41 but ganjarannya bukan utk level 41.bkn xnk bersyukur..tp rs kecewa n terkilan sesgt.
3-aku nk keje sndri buka kedai jahit seperti mana yg aku idam2 kn selama ni.aku bos n aku lah kuli...hahahaha..

this week aku nk g kemas kedai aku tu...insya Allah passion aku dlm menjahit ni akn memberikan income yg lebih baik utk aku n keluarga.yang penting aku puas sbb wat keje yg aku minat sesgt.apa nasib aku pasni aku serah pada mu ya Allah..hope U bless me.

Nnt aku upload pic kedai aku ek.

kwn2..sila tinggalkan komen anda samada anda sokong or tidak..kl leh dengan ulasan nya skali..hehehehe..:)

Tuesday, April 26, 2011

Bila Mami buat O.T

sabtu 16/4 baru2 ni aku terpaksa g opis setelkan kejer yg x sempat nk siapkan time keje..tp kena bwk ank2 sekali sbb mana la taska bukak hr sabtu..tp xper ank2 aku no hal la.

setgh jam pertama stay kat opis tu langsung xleh nk wat keje..kena layan budak2 kecik ni..so bagi jer la pen, marker n kertas tuk diotrang conteng.dah bg semer benda tu barula leh wat keje..sib baik ada tikar spare dlm bilik aku..leh ank2 aku lepak.sejam kemudian tu kakak meragam nk tdo..
 sian kn tgk..kl mami x keje opis xder la ank2 mami duk mcm ni.

len kali mami x buat dah O.T ek..

Sesudah mandi

suka tgk pic ni sbb nmpk kakak mcm dah jd ank dara..hahaha..
 tp slacknya botol susu ada kat mulut kakak..
ala..blur la plok pic ni..
rs mcm nk potong jer rambut kakak..rimas tgk kakak time dia berpeluh.

to mak sedare n pak sedare nyer..sokong x mami nk potong rambut kakak ni.

Jangan drive sambil riba ank.

Ni nak kongsi..hope kekawan jgnla drive sambil riba ank yer..tgkla mcm mana safi dapat musibah disebabkan duk ats riba aboh dia ms aboh dia drive..
 tgk kaki kakak bengkak..xtaula camner leh jd camni..rsnya kaki dia terkena stereng keter kot.


separuh hari aboh duk layan kakak n urut tapak kaki kakak.maybe kakak x selesa nk jln kot sbb tapak kaki bengkak..
pngajarannya : jgnla riba ank time drive keter..ok!!

Tuesday, April 12, 2011

Kami Berkelah..Best bangat

Baru ni balik kg mmg da planning nk g picnic..lps je kaum lelaki blk dr sembahyang jumaat we all lunch kejap pastu terus packing nk g pantai..Pantai Irama pilihan kami..aku rs..eh bkn ..aku yakin mmg x penah datang la ke pantai tu walupun aku ni org klantan..maklumla..parents aku bknnyer de transport nk bwk ank2 diorang g pantai..da besar panjang beranak pinak barula we all leh g sndri..we all plok yg bwk parents.

memang best la picnic ni..jarang sekali leh wat..ni pun ada yg miss..adik aku yg no 4 x dpt balik sbb br masuk praktikal kat spital..sian dia..mesti sedey r bila tgk pic2 kitorang dia pulak xder...xper..len kali kita wat lagi ek..

jom kita layan pics..



 mami tgh suap kakak..tp x napok kakak..x muat pic
 suka pic ni..tp ada yg miss..saper??........ank teruna aku xder...big brother abe nasaei tukang amik gmbr..Chiq mmg xder sbb x blk pun..siannyer...
enjoy aku tgk adik2 aku n hubby main bola tampar pantai...

next time kl blk kg lg kena wat xtvt2 camni la baru bermakna setiap kali balik....mlm tu pulak we all bbq..tp sorang pun lupa nk amik gambar..sbb ayam bakar best giler..sorang mkn mmg sah lebih dr 2 ketul..

Monday, April 4, 2011

merajuk vs pujuk

Selasa-5/4/11
semlm shameel merajuk dgn aboh dia sbb pg semlm aboh marah shameel..sbbnyer shameel mengamuk xnk mandi n pakai bj sekoloh..mami x sempat nk handle shameel smlm sbb kakak pun bgn n B- -  -K..hehehe..so kena setel kakak jugak..mami sempat mandikan shamel jer.x sempat nk pakaikn bj ke shamel.tp mami fhm sbbper aboh pns hati ngn shamel..sian aboh nk handle itu ini..shamel pulok wat perangai mcm tu.

mmg aboh ada pukul shamel.tp dengan niat nk ajar shamel..mami sndri pun kdg2 x tahan ngn perangai shameel..sian aboh after pukul shamel tu xleh concentrate keje sbb duk ingat ke shameel..sbb smlm mmg over la dr biasa aboh pukul shamel..mami pun terkejut..mami pulak yg follow up keadaan shamel ngn tadika..aboh pun asyik duk sms mami jer tanya keadaan shamel.mmg aboh rs bersaloh sgt2...sian jugok ke aboh..tp mami fhm walaupun mami maroh jugok aboh wat gitu ke shameel.

aboh sampai nk beli basikal baru nk pujuk shameel..mami kata x payah la..wat ssh jer nk pindah umh nnt..basikal sediada tu bole pakai lg..kl nk pujuk bwk jer shamel g KFC..so after balik kerja semlm gi amik ank2 terus g KFC.shamel yg merajuk mami n kakak merasa aboh belanjer..hehehe..kl camtu shamel merajuk la lg ek..hahaha..aboh mmg kalah ngn shamel..ank kesayangan katakan..
 sampai guna 2 tgn shameel mkn ayam.
 kakak x bg mami suap..nk mkn sndri..bagus2..independant girl.
 amboi abg shameel...tamaknyer..
 senyum semewek ank dara mami ni...hepy la tu.
 sama kn face mami n kakak...
 kakak x pandai wat peace..
 dah kenyang perut duk galoks pulok ank2 mami ni//
 duduk cam boy la kakak ni..x ayu lasung..
to my beloved son..we all love u so much walaupun mami n aboh pukul abg shamel..we all pukul utk kebaikan abg shamel jugok..
to my beloved n pretty princess...jgn nakal2 tau..awk tu ank dara..ank perempuan sulung..jaga perangai tu ek.

Jalan2 kat Pulau Warisan.

Actually dah byk kali dtg ke Pulau Warisan tu..tp sekali pun x der kesempatan utk naik kat jambatan melengkung tu..sbbnya time kitorang g ramai sgt org..skang ni mungkin org pun da boring kot jdnyer x ramai la yg berkunjung ke jambatan tu..so aku bwkla ank2 naik jambatan tu..punya hepy shameel n kakak..tp aku xleh duk kat tepi handrail jmbatan tu..bkn rs gayat tp rs cam mabuk laut jer tgk air tu beralun..tp ank2 aku selamba jer duk main kat tepi tu..siap hulur kaki lg..





mgg ni balik kg..tgh pikir nk bwk ank2 gi jln2 kat mana.planning nyer nk picnic satu family kat Pantai Cahaya Bulan (PCB).harap2 x hujanla..adik2 aku kat KL semer balik..yahoo.hore hore...leh kumpul ramai2.

2nd job kakak.

kat taska yg kakak stay ni tiap hari khamis kanak2 akn diberi 1 aktiviti utk diorang wat...mgg lps kakak kena tampal bulu utk kucing..maknanya tampal kapas kat pic kucing..senang jer kejenya..tp bg knk2 umur setahun lebih tu ssh la but its very fun..bdk2 mesti sukanya main ngn gam n tampal2 ni.

nk tgk pic nyer..so take a look


x sabar nk tgg aktiviti apa pulak mgg ni...

P/S : Bie, bagus kn ank kita wat aktiviti camni..nk tgg umi n mami diorang suh mmg konpem kita xder masa kn.

Sunday, April 3, 2011

sakitnyer hati..

isnin - 4 april 2011 -pagi
sakitnyer hati ni..pagi2 dah spoilkn mood aku..pg td after brekfast ngn ofismate aku, aku decide nk g opis lawyer yg sgt2 la dekat ngn opis aku..opis lawyer tu pulak kat tingkat ats restoran yg aku duk brekfast td..Restoran  Nasi Kerabu..saper yg familiar ngn area tu mesti tau nama opis lawyer tu...

boleh dikatakan aku pi serang staf opis tu la pg td..kesnya, 2 mgg lps developer ada bg tau dlm mgg tu jugak lawyer akn call utk suh sign agreement jual beli (SPA) or (S&P)...mmg aku da bersabar selama 2 mgg ni..sbbnyer aku x kuasa nk gaduh ngn diorang lg time tu sbb bz ngn nk promosi seminar n keje yg berlambak ats meja..pg td pulak maybe sampai seru kot minta kaki aku gi opis tu..

korang nk tau x, aku masuk opis tu xder saper kat receptionist table..bg salam sampai 3 kali br nk kuar muka makhluk tu..(geram doh ni).aku ckp ngn budak tu nk ckp ngn minah yg bernama Ju.mmg dia x kenal aku.but aku pi sana nk tanya hak aku as a klien n purchaser..mmg aku hambur n kasar sikit la ngn minah tu..dia pun tergamam..
antara ayat2 yg aku sembur kat dia..
"Bila leh siap agreement sy tu"
dia jawab "sikit lagi puan.nk kena ubah harga rumah"
aku kata "nk tukar harga rumah pun sampai ambil masa 2 mgg?"
"opis awk ni ada experience x ngn housing agreement ni"
dia kata "mmg kita dah byk wat agreement housing ni"
aku kata "abis, kenapa lama sgt ambil ms..u kena taip balik ker butir2 clause tu..bkn ke just copy paste then tukar penama, alamat, harga...x perlu ambil ms lama kn?mmg camni cara u buat keje?ambil ms lama nk setel keje?kl tau camni u punya action i xkn ambik opis u as my lawyer utk prepare agreement ni?..mmg mengecewakan"
muka minah tu mmg dah cuak..opismate aku pun terdiam..senyap x terkata..aku pun mmg terkejut jugak ngn action aku..
aku pun ada mention kat dia "hr tu pihak bank minta profile opis u, u ambik masa 3 mgg utk bg profile tu.apsal lama sgt amik masa?u taip balik ker?"
dia jawab "sy kena update dulu profile tu"
aku ckp kat dia "bkn ke profile u mmg kena update every week or evey month or tiap kali klien mintak..apsal sampai amik masa 3 mgg nk update..byk sgt ke info br nk masuk..?pihak bank pun x confident ngn company u..in fact for facility agreement, bnk xnk terima yg u punya..sory to say la.."
last skali aku said kat dia "u better siapkan agreement sy tu mgg ni jugak n panggil sy dtg sign mgg ni jugak!!faham!!"
minah tu angguk n terdiam..
aku blah ngn rs yg amat kecewa n x puas hati..nk tarik balik kn dah kena cas pun utk buka file tu..aduih..kecewa sesangat.

Saturday, April 2, 2011

To All Contractors,Consultants,& Others

Kepada semua kontraktor, perunding, badan2 berkanun dan semua yg terlibat dlm industri binaan..
sila jemput hadir ke seminar

Strategi Dan Panduan Tender 2011/ RMK10.

KENAPA ANDA PATUT HADIR?

Untuk mengetahui perkembangan terkini perolehan Kerajaan berdasarkan Pekeliling dan garis panduan terbaru daripada Kementerian Kewangan dan JKR. Syarat-syarat baru dari Pekeliling tersebut merupakan syarat-syarat wajib di mana setiap Pentender perlu mengetahuinya.

Menerangkan sebab-sebab kegagalan kontraktor dalam menender.

Menerangkan cara-cara mengisi tender dengan betul mengikut Pekeliling Perolehan Kerajaan.

Menerangkan bagaimana penilaian tender dilaksanakan.

SIAPA PATUT HADIR
Jabatan Kerajaan Persekutuan  dan Negeri,
  Badan-badan Berkanun
  Pihak Berkuasa Tempatan
  Syarikat-syarikat Pembinaan
  Perunding Binaan & Kejuruteraan
  Jabatan Pelanggan
  Institusi Pengajian Tinggi

  

Bayaran RM300/ seorang.
Berminat??
sila hubungi
09-627 4024/ 4080/ 4082.

 

shameel, safi & bas

ahad - 3 April 2011 - 9.20pg
lama doh sebenarnya nk upload pic2 ni dlm blog tp xder masa.mgg lps bz ngn promosi utk seminar...hari ni br ada peluang jap nk update blog.tu pun after dis kul 9.30 ada meeting utk projek yg dah lama berkurun.

nk citer pjg lebar rsnya xder masa...so layan jer la tgk pic2 ni..

 muka shameel tgh tgg bas..semangat gilerr nk naik bas
 kakak tukang baca destinasi.
 kakak posing menunggu


 2 org ni wat naper ntah.





suka tgk ank hepy...tp "buah" sesgt dlm bas tu.

1st xtvt safi

hari tu masa kemaskan beg baju kakak yg hari2 bwk g taska tu aku terjumpa la satu kertas ni..siap ada tampal biji2 kaler pink n hijau lagi..pastu nmpk nama safi..ooo..ni mesti aktiviti yg dia wat utk hari khamis..nk tgk xtvt aper..

cam x caya tgn kecil safi leh wat mender ni...tu la kelebihannya duk taska..minda leh berkembang ngn xtvt2 yg diorang wat..pergaulan pun bertambah sbb kwn2 ramai.

p/s : to semer pok sedare n mok sedare safi..tgklaaa..ank dara kecil ni dah pandai mcm2.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...