Thursday, September 20, 2012

Dialog kakak & mami

mlm td kn sebuk ngn lyn tenet..ank2 sebuk duk main sambil tgk tv n of kosla citer kartun kn..
pastu kakak dtg kat mami..

kakak : mami,wat susu ke kakak!
mami : mami xboh wat..tgg kat nk tdo br wat.
kakak : tp kakak nk tdo doh ni.
mami : kakak x tdo pun lg..rugi je wat....
kakak : bakper mami xboh wat..mami x sayang kakak doh ker?
mami : (dgn selamba jer aku jwb)....x sayang pun (tp dlm ht lain..sajer nk tgk respon dia..ingtkn dia nk nangis lps kata x sayang tp rupanya ini pulak jwpn dia)
kakak : xpela..kakak tgg aboh balikla..aboh sayang kakak..nnt aboh wat susu ke kakak..

tamat conversation kitorg camtu jer..kakak blah n dgn sbrnya dia tgg aboh dia blk..x sampai stgh jam lps tu dia dgr enjin moto aboh dia terus excited buka pintu..aboh dia masuk rumah jer terus dia mintak aboh dia wat susu..then aku pun citerla conversation td ke aboh dia..ingtkan kakak x dgr mami dia sebuk duk citer psl dia sbb time tu dia baring tgk tv..rupanya dia dgr n marah mami dia duk ngumpat psl dia.siap kata "jgn cakap psl kakak..x baik"  oopsss..marah...

ingtkn aboh dia nk la sekutu ngn aku kata x sayang dia...alih2 aboh dia panggil dia n said "aboh sayang kakak..meh aboh wat susu"...apa lg ank dara aku tu..meloncat la suka..

trend ank2 aku ni kl suh wat susu jer mesti diorg umpan lu dgn tanya syg x diorg...pandai2...
tp kn aku ngn cik hubby suka sgt sakat ank2 kl diorg gaduh or bising melampau2 dgn kata nk hantar diorg ke rumah org lain..hahaha..takut diorg bila kata gitu..ada jugak kitorg ckp nk cari ank lain la..ank hok baik n dgr ckp..lagila diorg x suka n mengamuk...hahaha...

Endometriosis menyerang lagi

time tulis n3 ni aku  tgh menahan sakit..gini citernya...b4 pregnant kn shamel dulu aku disahkan ada endometriosis..that time dr said peluang utk aku pregnant amat tipis sbb ovari sblh knn aku da rosak n xbleh produce telur..ms tu tuhan saje yg tau sedihnya perasaan aku..tp dgn kuasa Allah,aku pregnant..Ya Allah,bersyukur sgt2..but dr pakar advice kitorg jgn terlalu hepy sbb peluang utk berjaya hamilkn baby ni smpai 9 bln x byk..mayb bln ke5 baby terpaksa dikeluarkan kl sis tu membesar bersama2 baby..so kami sekeluarga berdoa byk2 agar kandungan aku berjaya sampai aku slmt bersalin..dan alhamdulillah terbukti aku berjaya dgn lahirnya shamel..pastu dr nasihatkan aku supaya mengandung lg skali cpt sbb nk elak sis tu dtg balik..tp aku degil..aku planning..lps lahir shamel tiap kali period mesti aku sakit cam zaman ank dara dulu..genap umur shamel 2 thn aku berjaya mengandung lg...kl ni alhamdulilah mengndungkan safiya x byk dugaan..

dan sekarang aku kembali sakit mcm sebelum pregnant..aku bimbang sgt..x pi check lg..takut sgt2...hr ni hanya mampu duk baring n jln slow2 mcm org br pas bersalin sbb skt giler nk melangkah..skt kat bhgn bwh rahim..

kl korang nk tau apa itu endometriosis sila la baca info ni..

APA ITU ENDOMETRIOSIS
Penyakit Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.    Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.    Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.    Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.  

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
  
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.

Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.  
    Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.   Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).    Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
     Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.    Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
    Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.   Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
   Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .    

Apakah tanda-tanda atau gangguan?
 Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.   Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.   Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.   Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
       Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.    Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
   Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.   Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.   Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.     Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.  

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.  
Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.   
Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.    
Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.    
Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.    Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.       

Keguguran
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.    Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.    Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.  
Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan.   Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.     

Pengesahan penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.   Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan.    Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Rawatan penyakit endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya.    Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.  
Pembedahan untuk membuang endometriosis

 Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.  
Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).    Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.   Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. 
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.   Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid.   Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.   
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan.      Suntikan-suntikan tersebut  agak mahal  sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar.  Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.     Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit  endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali.   Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi.   Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.

Bolehkah penyakit berulang?
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak.    Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil.   Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian.  Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.
Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.
Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.    Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur.      Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat.     Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan.    Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Epy bfday syaseby

Selamat hari lahir buat aku n my hubby...aku punya 12/9..cik hubby punya 19/9...tua dah kitorg ni tp ank x bertambah2..hihi..usaha doh..kitorg menunggu dgn sbr pdhal jeles giler tgk kengkwn yg lain dah bertambah2 zuriatnya..pdhal kitorg yg paling awl kawin..

mmgla b4 ni aku planning tp kita dah ready bebenor payoh plok nk sangkut ek..kl yg haram tu sng jer tuhan nk bg kn...ish..ish..nauzubillah..jgnla ank2 aku tergolong dlm manusia cenggitu..

nk citer psl celebration bfday my hubby..small celebration..x kuar mana2..x book mana2 restoran pun..sbb we all serik giler nk bwk ank2 mkn kat luar..blh wat malu kitorg jer ngn perangai ank2 tu..so, aku decide nk msk special just for my hubby..tp simple jer..menu hr tu siakap masam manis, tom yam n salad..haha..simple sgt kn...sbbnya aku xder ms sgt..start msk pun kat kul 5 ptg...cik hubby blk kul 6.15..ingat nk serprise kn dia..tp x jd..tgh kalut masak dia da blk..kantoi...dia blh gelak tgk aku msk mcm kalut ribut..and yg paling dia rs lucu sbb aku pakai set pinggang mangkuk kesayangan aku.ye la kn kl utk yg tersyg mmgla kita rs nk serve  d best kn.hihi...

ala..xleh nk tunjuk pic sbb laptop ni x detact kabel samsung s11 aku..lenkali la ek.

tp yg klakarnya ank2 kitaorg ms nyanyi lg slmt hr jadi tu bole plok diorg said
"slmt hari jadi aboh dan mami dan shamel dan kakak"..aik..nama diorg pun masuk skali..mmm..bdk2...

yeye..dpt da upload picture .




Saturday, September 15, 2012

Kalendar 2013

Tetiba jer rs nk jenguk kalendar 2013 punya..sbbnya nk tgk befday princess aku tu jatuh hr aper.maklumla thn ni befday dia jatuh dlm bln pose(puasa) so xleh nk celebrate..dah time tu maminya bz ngn kain2 org..mana la ada masa nk layan celebration befday..sian ank dara aku tu..bila besar nnt mesti dia jeles tgk abg dia punya celebration selalu gempak..yg dia punya baru skali wat mkn2..bila pikirkn blk mmg unfair..

tp thn ni pun befday puteriku tu skali lg jatuh dlm bln pose.next year dlm 2 mmg puasa jugakla br sambut befday dia..mcm thn ni befday jatuh hr ke7 pose.xper2..maybe leh celebrate masa raya thn depan..

jom kita tgk kalendar 2013.
KALENDAR TAHUN 2013

apa pun,yg penting setiap tahun yg berlalu putera n puteriku sihat selalu...mami sgt sayang korang berdua..bila la korang 2 org ni nk dpt adik..mami nk abg shameel matured skit.

Friday, September 14, 2012

kerja keras

Hoho...betapa bekerja kerasnya aku n adikku fasmawati menyiapkan langsir umh parents kitorg..just imagine aku siapkan kepala langsir tu dlm masa 1 mlm je..sib baik la my sis tolong..
kelam kabut + stress + x cukup masa = xder rest..
2 mlm terakhir sblm bertolak blk kg sempat tidur 30min - 1jam je sehari..sib baik baju customer time tu semer da siap..
 sib baik space nk wat keje blh tahan jugak luasnya.
yg ni my sis yg ukur,tanda, lipat n gosok..kira lulus la...cepat skit kerja aku..2 beradik bertungkus lumus..sampai bila2 pun kitaorg akn ingat..

Cute Flower + Crystal

Job ni aku sub terus ke my sis adilah..aku x design pun yg ni sbb time tu cam dah xder ilham..tp my sis tanya la jugak nk mcm mana n budget berapa..so aku bgtau je la yg customer ni x suka mutiara so xyah taruk mutiara..n hasilnya..
 ssh rs kl kain corak camni nk design manik.

sory pic x berapa sharp..sbb bkn proffesional yg amk gmbr ni..hihi...

Blue dress kain bertingkat2.

tak tau nk kasi n3 ni tajuk aper..harap korang fhmla lps tgk pic2 ni..rsnya dlm pembikinan dress ni ada berlaku slh fhm..hihi..mmg customer ada bg gmbr suh wat cam dlm gmbr but material kain yg diberi x mengizinkan aku nk wat sebijik cam cth..yg aku mampu wat adalah seperti berikut..yg pnting kain menepati kehendak pelanggan..nk bertingkat2..




trend skrg kn roses..kali ni guna roses ready made tp saiz kecil je.plus ngn plastic pearl..

Sutera biru bertatah manik

tempahan ni awal sgt aku terima tp dlm bln puasa jugak br siap..sbb heavy sgt permintaan nya nkkan manik di tubuh dan tgn..nk meriah2 n glemer..adus..sakit paler gok nk pikir design camner..
 bahagian badan xyah penat2 pikir nk wat camner..just follow je bunga tu.
 bahagian tgn ni la kena perah skit nk design camner..tp kena selarila ngn badan punya.

 kat bunga di badan tu aku guna konsep bunga labuci+pearl, manik tabur dan manik outline silang.
yang hepynya tuan punya baju puas hati sesgt dgn hasil manik n jahitan baju tu..

Blue crumble

rasanya tempahan yang ni last minute by Gee...siap bg pic contoh lg nk mcm mana..nk tolak kn rs cam x best.hihi..dan hasilnya...


rsnya tuan punya baju puas ht la kot sbb xder komplen paper pun..tq Gee..jgn serik nk uph lg ek..

Red Flower on gold.

this job was completed by my sis fasmawati...maklumla xder masa..tp aku mencelah2 la jugak..ada la jugak air tgn aku..hihi..but design still i punya.

 bajunya saiz cam XXXL...hihi..so wat bunga besar2 cpt nmpk penuh.

manis bila combine manik ngn mutiara sbg rantaian tu.

Sunday, September 9, 2012

Roses on pinky dress

Finally dpt jugak wat yg terbaekkk utk my lil princess..sian dia asyik duk tgk baju org je siap..baju dia ni aku siapkan kat kg..sehari sblm ry siap..sbb nk taruk roses + manik tu yg take time lebih.janji puteriku suka.

roses tu mami wat sendiri.3 different calour..plus aksesori manik..

Pearl on blue

Ni job my sis punya.aku tolong collect sbb we all share2..hihi..sharing is caring kn...
tempahan manik my sis raya tahun ni fuyooo amat la byk...sian dia..aku pulak yg tambah sbb aku x cukup masa..sib baik la dia timer..



Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...