Saturday, March 30, 2013

bila kakak da besar

Suatu malam..x ingat bila..but tgl mami n kakak sajer depan TV tu..apalagi mami amik kesempatan lepak2 n duduk2 peluk2 kakak..kl shameel nmpk sure dia jeles n x bg mami duduk rapat ngn kakak..

so..mlm tu borakla ngn kakak mcm kwn2..

mami : kakak, nanti kakak da besar mesti kakak tinggalkan mami
kakak : xla..kakak bawakla mami sama..kn kakak da besar..
mami : mana boleh..kakak kn ada "kasih" doh..kakak kn nnt kawin ngn kasih kakak.mana boleh kakak duduk ngn mami.
mami : doh mami tgl la aboh..duduk ngn kakak.
mami : erkk..(x terjawab mami bila kakak gitu.)

ntah dia paham ke x makna kawin n kasih tu.hahaha..kl tanya dia sapa kasih kakak..dia jawab nama danial..nama yg familiar keluar dr mulut kakak leni damia,aleesya,syafikah,danial n zaim.kl gaduh ngn abg dia mesti dia cakap nk report ke kwn2 dia tu.



Disebalik nama

hr ni rs mcm nk share jer apa ada di sebalik nama ank2..

S - Suci
I - Ikhlas
D -Dinamik
D- Dedikasi
R - Ramah
A - Amanah


S - Suci
A - Amanah
F - Fleksibel
I - Ikhlas
Y - Yakin
A - Alim

kl ank teruna ku pulak

S - Suci
H - Harum
A - Amanah
M - Mesra
E - Emosional
E - Egoistik
L - Lemah lembut.

utk ank yg ke 3 ni x terpikir lg nk bg nama apa..but ank sulung aku dah siap panggil nama baby aqeel kat baby dlm perut ni..shameel selalu cakap nama baby ni Muhammad Shaqeel.tp blm ada persetujuan aboh dia..

Tuesday, March 19, 2013

DISLEKSIA

Seorang ibu semestinya bimbang dgn perkembangan n tumbesaran ank2 dia..so, mcm aku ni perasan jugak dgn perkembangan ank teruna ku shameel tu..bila aku start perasan?? bila tertgk citer hindustan Tera Zaman Par..x silap aku la tajuk dia cenggitu..ala..yg amir khan berlakon tu..dr citer tu la aku dapat tau ada penyakit dyslexia ni..apa kaitan ngn ank teruna aku????kaitannya sbb aku selalu cek buku2 dia.nama yg dia tulis mesti semuanya huruf tu terbalik..tulis start dr belah knn..words yg dia guna dlm percakapan hanya mami n aboh jer yg phm..cthnya:-

air manis dia kata masin
mandi sekejap dia kata mandi 10
mandi lama dia kata mandi 70 (10 kn sikit so skejap la bg dia,70 byk bg dia maksud lama)
so, kl aboh dia nk suh dia mandi lama skit kena kata mandi 30. 
baju tido dia kata bj malam.
bj pakai siang hari dia kata baju bangun..kl la org lain dgr mesti kata pelik bj bangun tu aper..
seluar dlm dia panggil stokeng k*n*k..hahahaha..
suka berimaginasi dan melukis...
tp kalau main game power r..siap ngn strategi n teknik bagai..
bila flash back balik masa umur dia dlm lingkungan 4-5 thn pernah la perasan dia pelik skit sbb susun puzzle start dr tgh pastu setiap keping dia amk tu dia da tau mana kedudukan nk ltk..kl kita kn susun puzzle start dr frame tepi sbb ilustration tepi jd guideline utk kita..tp dia sgt cpt siapkan puzzle.
so, aku pun studyla serba sedikit pasal penyakit tu..utk confirmkn ank teruna aku ni dyslexia or not aku g test kat PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF dimana dia blh cek melalui dna rambut n air liur..so g la sana test shamel. doktor cakap ada la sikit simpton dyslexia dlm diri shamel..tp xyah bimbang sbb penyakit tu boleh dirawat..  

 
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYS" bermakna susah, sulit atau gagal  dan "LEXIA" bermakna tulisan atau pertuturan. Disleksia bukannya satu penyakit yang serius, namun ia  merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang  yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang  dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, sifir dan sebagainya. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain yang menghidap penyakit serupa.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian yang dijalankan mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan biasanya memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

KURANG DAYA TUMPUAN

Salah satu gangguan yang berhubungan dengan kurangnya kemampuan untuk mengingat atau konsentrasi adalah disleksia. Beberapa penelitian dan kajian telah dilakukan terhadap penyakit disleksia ini. Dimana, dinyatakan bahawa salah satu gejala atau tanda seseorang mengalami disleksia adalah kesulitan dalam mengingat suatu perintah (walaupun sederhana). Namun demikian, masih banyak tanda-tanda lainnya yang perlu diketahui.

Terdapat dua jenis disleksia:

1.   Developmental dyslexia
2.   Acquired dyslexia.

Developmental Dyslexia
Ia merupakan bawaan sejak lahir dan kerana faktor genetik atau keturunan. Menurat rawatan biasa pengidap disleksia akan membawa kelainan ini seumur hidupnya atau tidak dapat disembuhkan. Tidak hanya mengalami kesulitan membaca, mereka juga mengalami masalah dalam mengeja, menulis dan beberapa aspek bahasa yang lain. Meskipun demikian, kanak-kanak pengidap disleksia memiliki tingkat kecerdasan yang normal. Dengan penanganan khusus, masalah pembelajaran yang mereka alami boleh diminimakan.

Biasanya, 70% pengidap disleksia merupakan keturunan atau genetik. Namun, bakinya 30% adalah faktor lain seperti pemakanan dan alam sekitar.

CIRI PENGHIDAP DISLEKSIA

Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:-

1.   Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan.

2.   Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas.

3.   Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca.

4.   Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d".

5.   Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan.

6.   Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.
7.   sering berlaku di kalangan lelaki.


PUNCA DISLEKSIA

Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:-

1.   Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.

2.   Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.

Shamel's Art

lama x show pic2 lukisan shamel...
baru ni perasan jugak lukisan dia mcm semakin ok skit..hihi..
kali ni nk show dia lukis muka dia n muka adiknya..
 ni dia face safiya..hahaha..lawak sgt...
ini pulak face abg shamel..hr tu pakai jersey harimau malaya tu yg dia lukis bj tu.siap ada karakter lain plok ats bahu dia tu..klakar2...

"Mami kn besor doh"

Kisah pada suatu malam..

Dalam kat kul 2 pagi aku ingt nk basuh kain..mesin yg basuh..aku sumbat je dlm mesin tu...tp mcm ada takut skit nk kuar sbb mesin basuh ada kat luar rumah..so, aku ajakla anak dara ku yg br jer bgn tdo minta susu temankan mami dia sekejap jer...

Mami : Kakak oo Kakak...teman mami jap.
Kakak : ada aper mami?
Mami : Ci teman mami jap..mami nk basuh kain ni..
Kakak : ****sambil botol susu duk dlm mulut n kuar dr bilik kakak membebel***mami kan besor doh..bakper nk suh kakak temannyer..mami ni kecik ke besor???penakut ni...
Mami : ***terkedu jap dgr dia kata gitu***
sambil dia berdiri kat pintu dapur tu bole pulak dia cakap..
Kakak : haa..xder pocong pun..hantu xdok..mami takut naper..kakak nk tdo plok ni...
cepat2 aku cakap tgg la sekejap jer lg..mami nk buh sabun ni...
kakak blah tgl mami dia sorang..cpt2 aku tekan mesin tu then blah..tutup n kunci pintu..

takut sbb kat blkg umh tu kebun org yg x dipedulikan..mmg semak sgt2..siap ngn bunyi burung hantu lagi..cengkerik mmg kuatla bunyinya..seram rs...hihihi...


Bonggol Unta???

Sharing is caring...
Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga...

Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).
Wanita Bertudung Dengan Sanggul 'Bonggol Unta' Tidak Akan Mencium Bau Syurga...

Hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

Wednesday, March 13, 2013

Sanggul tinggi (sharing is caring)

Persoalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanyakan tentang sanggul tinggi yang menjadi trend wanita masa kini. Setelah saya cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dibenak iaitu apakah hukumnya... saya menjadi keliru kerana ada yang menberikan pendapat yang berbeza berdasarkan sebuah hadis iaitu

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Ada yang menyatakan seperti ini...

Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.

dan pendapat lain adalah seperti berikut

Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.

Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj :

"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.

SEBAB PENGHARAMAN

Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN

Rasulullah saw bersabda :

"Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah" (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut : "Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN

Muawiyah berkata :

"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.

Kesimpulan :

Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih)

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan.

Apa yang jelas di fikiran saya sekarang ini adalah pendapat yang kedua berdasarkan tulisan yang telah saya highlightkan.. Apakah ianya benar?

Sekian sahaja buat masa ni. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam.

Jawapan dari Ustaz Nor Amin

Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian." (Riwayat Muslim).

Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

p/s : sama2 la kita memperbaiki diri ke arah menjadi muslimah sejati.

Dapur idaman

Kl da nama pompuan,serba serbi nk cantik n complete..macam aku jugakla..umh da lama duduk tp dapur still hanging..means cabinet n kitchen hood still lg xder..hoho..terliur tgk dapur org lain cantik2 jer..mcm x complete jer umh tu..bila request kat hubby dia bole ckp "x bole masak ke kl pintu kabinet xder..?"..da dia keluar ayat camtu aku pun xleh nk argue la..nampaknya kena usaha sndri la gamoknya..porch extra kat luar rumah tu nk pulak dia wat..aku pulak cakap "perlu ke wat?kn keter da bole parking bwh bumbung..x perlu porchla.."...hubby balas "kena wat sbb takut ank2 seret basikal diorg kat keter.."..ayooo..nk betah kn bkn duit aku pun nk larang dia wat..ermmmm..ikutkan je la..

hari tu ada terbelek majalah Anjung Seri, nampak la set kabinet ni..rasa nk wat camtu la..
 aku suka design ni..klasik..x lupuk dek zaman..hihi..
suka ngn warna coklat rona kayu..sbbnyer semer perabot dlm umh tu warna rona kayu.bila leh dpt dapur idaman ni...

Gelagat ank2 ats pelamin

2 minggu berturut2 weekend g majlis wedding..ank2 konpemla kena bawak..walaupun dlm hati ni rs nk tinggal je diorg kat umh..bkn aper..budak2 2 org tu nakal x sama ngn ank org lain. ank org lain x minta nk naik pelamin..tp diorg siap amik gmbr lg kat ats pelamin tu..


 mak buyung pun tumpang amik gambar skali.


 time ni x bawak ank teruna..lega rasa..tp ank dara ni pun bole tahan jugok perangai dia.sebuk nak main ats pelamin..org risau takut pasu bunga jatuh ker..bunga telur tu jatuh ker..
gatai tgn main bunga telur.
 ada ank dara sorang (adik aku) tumpang glemer kat pelamin org...x malu nyer dia..


Tuesday, March 12, 2013

Wanita oh Wanita..

30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA
 
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

rasa2 nya perkara yg ke 30 tu ramai wanita wat sbb nk ugut suami atau x rela dimadukn... no komen..

Tempahan Baju Raya 2013

PENGUMUMAN..
Salam semua..
Kepada semua regular customer sy n sesiapa yg baru nak tempah baju raya harap bole la buat penghantaran kain utuk dibuat baju raya tu selewat-lewatnya akhir bulan 3 ni.

sebabnya dlm bulan 4 n 5 sy nak fokus jahit n siap semua tempahan akhir bln 5 coz bulan 6 da nk meletup..hihi..baby br nk kuar..saper2 nk book mulut baik bgtau awl2 sbb nk kena catat lu..thn ni nk limit skit jer.thn2 lps over 200 psg leh jahit sbb bdn cergas n sihat..hihi..thn ni kena slow skit..

Saturday, March 2, 2013

Cerita sayang

suatu hari dalam kereta..
dialog antara mami,shamel,safiya n cik uni..

Mami : kakak sayang x mami?
Safiya : sayang..
Mami : sayang banyok ke sayang sikit
safiya : sayang banyak la..
mami : banyak mana
safiya : (sambil tunjuk kelima2 jari dia...maknanya syg 5 je la)
mami : sayang lima je..sikit je tu..
pastu kakak tunjuk semua jari dia..maknanya syg 10.
shamel : saya syg 1 ribu..lagi byk kn mami?
safiya : kakak syg 1 juta..(di ajar oleh cik uni dia)
shamel : saya syg mami 1 billion..lg byk..
safiya : kakak syg 1 malaysia....
tekejut mami n cik uni..tergelak skali..pandai plok kakak cakap syg 1 malaysia..merajuk la shamel kononnya kakak menang la sbb kakak sebut syg 1 malaysia..
then cik uni dia ajr abg shamel syg mami 1 dunia....dunia besar..abg shamel menang la..suka la dia.

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...