Wednesday, October 15, 2014

Selera Shameel

Malam tadi shameel request nk mkn pizza..n dia cabar mami dia boleh ke x buat pizza..

shameel : mami, mami pandai ke wat pizza?
mami : pandaila..mami pernah doh wat.
shameel : ci mami wat.saya nk rs..

nasib baik bhn utk doh ada..tp utk toping la x berapa nk ada bahan..dlm fridge ada udang n sosej jer..shameel kata xper letak tu jer..tp x menarik la kn kl xder traffic light capcicum tu n mushroom.tp shameel insist sgt nk so b4 maghrib tu mami buatlah doh.tgh syok duk tenyeh doh tu shameel mintak nk pgg doh..so kasila dia tonyoh doh tu sampai sebati..senang keje mami kn..sambil tu blh la mami kupas udang.siap buang kulit tu rebus sekejap udang ngn sedikit garam.

dah siap shamel bermain ngn doh tu.mami tutup doh tu ngn plastik spt yg disarankan Che Mat Gebu dalam resepinya..tq yer CM...mmg gebu gebas kejadian piza tu..hehehe..kena biarkan doh tu selama 45min.
so,mami paksa shamel g mandi n smayang sbb dia asyik duk intai doh tu..terpaksala mami cakap "jgn tengok sokmo doh tu,nanti dia malu nk kembang."
shamel percaya pulak..pastu terus g mandi..mami pun g solat dulu.lps solat isyak tu terus tuju ke doh tu n uli masuk kedalam pan pizza..buat toping n bakar.shameel x sabar2 menanti...kat 10kali jgkla duk tanya bila pizza masak..

TINGG..bunyi jer oven tu terus dia g tgk kat dapur n wat announcement..."mami,pizza saya masok doh"..

mami keluarkan pizza..potong 6 bhgn..letak bwh kipas terus sbb nk bg cepat suam..shameel x sabar..pan pertama lebih dr separuh shameel yg mkn..kakak pulak kutip mkn sosej n udang jer..mami kena tgg pan pizza ke 2 masak br boleh rs..

resepi pizza yg best boleh rujuk resepi dr Che Mat Gebu..mmg best sgt.

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 gram tepung gandum
6 gram yeast segera (mauripan)
10 gram gula halus
1 1/2 camca besar madu
1 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam
170 ml air suam (dan lebih sedikit jika perlu)
20 gram mentega
Sedikit tepung untuk ditabur
BAHAN-BAHAN TOPPING :-)
Hirisan atau parutan keju mozarella secukupnya
2 tin ikan tuna, toskan
2 cawan nenas yang dipotong kecil
1 cawan traffic light capsicum yang didadu
Hirisan bawang besar secukupnya
Sos tomato secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan tepung gandum, yeast, gula halus, bread improver dan garam dalam mangkuk adunan, putar sebati. Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis. Tambah mentega dan adun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik cling. Biar doh naik (kurang lebih 45 minit).
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 200C. Keluarkan doh, uli sekejap. Bahagi doh pada 2 bahagian. Tabur sedikit tepung pada meja kerja. Ambil1 bahagian doh, canai sedikit, kemudian alih ke dalam loyang bulat yang telah disapu sedikit minyak zaitun. Tekan2 doh tadi sehingga memenuhi loyang dan pastikan kelilingnya sedikit tebal. Buat kaedah sama untuk 1 bahagian lagi.
  3. Sapu sos tomato secukupnya, tabur 1/2 bahagian ikan tuna, 1/2 bahagian nenas, 1/2 bahagian trafficlight capsicum dan juga sedikit bawang besar. Tabur keju mozarella atasnya (yang ni ikut anda samada nak banyak atau kurang). Bakar 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan boleh dihidangkan bersama sos kegemaran anda...
 Terima kasih CMG kerna sudi berkongsi resepi.
Gambar2 proses wat pizza x sempat nk snap sbb wat dlm keadaan rushing..saper suh wat keje time maghrib kn..hahaha..gambar da masak pun x ambik sbb rupa x lawa mana..hehehe..len kali buat pizza kl cantik rupanya br boleh tayang.kihkih...

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...