Tuesday, March 19, 2013

DISLEKSIA

Seorang ibu semestinya bimbang dgn perkembangan n tumbesaran ank2 dia..so, mcm aku ni perasan jugak dgn perkembangan ank teruna ku shameel tu..bila aku start perasan?? bila tertgk citer hindustan Tera Zaman Par..x silap aku la tajuk dia cenggitu..ala..yg amir khan berlakon tu..dr citer tu la aku dapat tau ada penyakit dyslexia ni..apa kaitan ngn ank teruna aku????kaitannya sbb aku selalu cek buku2 dia.nama yg dia tulis mesti semuanya huruf tu terbalik..tulis start dr belah knn..words yg dia guna dlm percakapan hanya mami n aboh jer yg phm..cthnya:-

air manis dia kata masin
mandi sekejap dia kata mandi 10
mandi lama dia kata mandi 70 (10 kn sikit so skejap la bg dia,70 byk bg dia maksud lama)
so, kl aboh dia nk suh dia mandi lama skit kena kata mandi 30. 
baju tido dia kata bj malam.
bj pakai siang hari dia kata baju bangun..kl la org lain dgr mesti kata pelik bj bangun tu aper..
seluar dlm dia panggil stokeng k*n*k..hahahaha..
suka berimaginasi dan melukis...
tp kalau main game power r..siap ngn strategi n teknik bagai..
bila flash back balik masa umur dia dlm lingkungan 4-5 thn pernah la perasan dia pelik skit sbb susun puzzle start dr tgh pastu setiap keping dia amk tu dia da tau mana kedudukan nk ltk..kl kita kn susun puzzle start dr frame tepi sbb ilustration tepi jd guideline utk kita..tp dia sgt cpt siapkan puzzle.
so, aku pun studyla serba sedikit pasal penyakit tu..utk confirmkn ank teruna aku ni dyslexia or not aku g test kat PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF dimana dia blh cek melalui dna rambut n air liur..so g la sana test shamel. doktor cakap ada la sikit simpton dyslexia dlm diri shamel..tp xyah bimbang sbb penyakit tu boleh dirawat..  

 
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYS" bermakna susah, sulit atau gagal  dan "LEXIA" bermakna tulisan atau pertuturan. Disleksia bukannya satu penyakit yang serius, namun ia  merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.
Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang  yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang  dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, sifir dan sebagainya. Setiap orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain yang menghidap penyakit serupa.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian yang dijalankan mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan biasanya memperoleh bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya.

KURANG DAYA TUMPUAN

Salah satu gangguan yang berhubungan dengan kurangnya kemampuan untuk mengingat atau konsentrasi adalah disleksia. Beberapa penelitian dan kajian telah dilakukan terhadap penyakit disleksia ini. Dimana, dinyatakan bahawa salah satu gejala atau tanda seseorang mengalami disleksia adalah kesulitan dalam mengingat suatu perintah (walaupun sederhana). Namun demikian, masih banyak tanda-tanda lainnya yang perlu diketahui.

Terdapat dua jenis disleksia:

1.   Developmental dyslexia
2.   Acquired dyslexia.

Developmental Dyslexia
Ia merupakan bawaan sejak lahir dan kerana faktor genetik atau keturunan. Menurat rawatan biasa pengidap disleksia akan membawa kelainan ini seumur hidupnya atau tidak dapat disembuhkan. Tidak hanya mengalami kesulitan membaca, mereka juga mengalami masalah dalam mengeja, menulis dan beberapa aspek bahasa yang lain. Meskipun demikian, kanak-kanak pengidap disleksia memiliki tingkat kecerdasan yang normal. Dengan penanganan khusus, masalah pembelajaran yang mereka alami boleh diminimakan.

Biasanya, 70% pengidap disleksia merupakan keturunan atau genetik. Namun, bakinya 30% adalah faktor lain seperti pemakanan dan alam sekitar.

CIRI PENGHIDAP DISLEKSIA

Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:-

1.   Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan.

2.   Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas.

3.   Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca.

4.   Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d".

5.   Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan.

6.   Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.
7.   sering berlaku di kalangan lelaki.


PUNCA DISLEKSIA

Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:-

1.   Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.

2.   Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...