Sunday, January 9, 2011

Anda mencari cinta ?

Cinta Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan
kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan
kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya
tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak
perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya
setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara
dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi
kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi
miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut
oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa
yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam
laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan
pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang
roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa
manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan
cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal
terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg
pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh
di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat
ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan
padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya
menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu
temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan
jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah
jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang
suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang
murni, luhur dan diperlukan.

Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Tapi pernahkah kita berfikir adakah apa yang kita jumpa itu betul? Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah lama tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia` datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.

Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mengasihani seseorang.

Tetapi untuk mencintai seseorang dan dicintai kembali adalah suatu perkara yang terlalu sukar untuk dicapai kerana cinta tidak akan hadir hanya sekelip mata. Cinta memerlukan pengorbanan yang besar dimana ia tidak semudah untuk dilafazkan. Cinta yang hadir sekelip mata hanya akan mengambil masa yang sama untuk berubah.

Tapi cinta yang sebenar mengambil masa sepanjang kehidupan untuk melupakan seseorang. Jangan pandang hanya kepada kecantikan kerana ia mungkin suatu yang palsu. Jangan kejar kepada kemewahan sahaja kerana ia pasti akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari anda yang suram dan kata kata yang dapat menyentuh perasaan anda.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda impikan, pergilah mencari ia kemana-mana yang anda ingin tujui supaya anda tidak menyesal sebelum mencuba daripada mencuba untuk menyesal dengan perlakuan lepas.

Dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan dan menunjukkan isi hati anda. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis kerana genggaman tangan anda terlerai dimana genggaman tersebut terdapat amanat daripada-Nya dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah orang yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda juga akan tersenyum kerana didalam hati mereka terdapat sesuatu yang dapat digenggam hasil dari rasa kecintaan yang lahir dari hati yang tulus, suci dan murni. ?

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...