Sunday, January 9, 2011

Apa itu Cinta

saja2 nk kongsi...

Apa Itu Cinta?
--------------

tanyalah siapa saja apa itu cinta... sure anda akan dapat jawapan yang berbeza2 dari setiap orang... definisi cinta terlalu luas.. tak kiralah cinta sesama keluarga, adik beradik, pasangan kekasih... atau pada artis pujaan(??) hehehehe....

Cinta adalah satu perasaan yang wujud terhadap seseorang yang menarik minat kita untuk mendekatinya. cinta selalunya lahir dari hati yang tulus dan ikhlas. kalau buleh, kita nak seisi dunia tahu yang kita telah jatuh cinta....

Ada Apa Dengan Cinta?---------------------

hehehehe.... bukan citer indonesia tu lah... bukan jugak lagu melly. ramai yang tidak menyedari apa gunanya cinta. cinta memainkan peranan yang sungguh kuat dalam kehidupan kita. kadang2.. nak pi keje pun malas, kan.. tetiba masuk sorang boss baru yang hensem dan ala2 David Becham (ahaks!!) kat office kita... wow!!! hensemnya dia... sure tetiap hari semangat nak ke office tu berkobar2, kan! yalah... kalaulah dapat berselisih bahu dengan dia dan terbau perfume Polo Sport yang dia pakai tu... alahaiii.... tak tidur malam jadinya!!

tak kurang juga... kalau katakan, kita bergaduh dengan kekasih kita.. ala... bukan hal besaq pun sebenaqnya... pasai dia terlupa harijadi kita je...!! hambooii... merajuk.. tak hingat nyer panjang muncung dia tu! kalau nak buat sangkut baju pun buleh! time tu.. rasanya kalaulah mamat tu duduk kat depan muka kita la... nak je benamkan muka dia kat dalam kolah bilik mandi, kan! heheehe... lepas tu... semua orang dalam rumah habis kena taufan kita! ada je yang tak puas hati! ada je yang tak kena... kucing terlanggaq kita pun, habis kena tendang!!

hah.. itulah penangan cinta... jangan ingat cinta tak bawak effect apa2 pada si pencinta.... sekali kena penangan cinta.. harus gunung pun buleh runtuh....

Bagaimana Nak Tahu Kita Dah Jatuh Cinta?----------------------------------------

"dari jauh dah nampak kelibat sorang mamat yang segak berbaju Melayu teluk belanga. hati kita berdebar-debar... kita nampak pokok yang besaq. nak nyorok kat sana ke? kang dia tak perasan lak! time tu, kita punyelah sibuk belek sana belek sini... takut2 kain senget sebelah ke... rambut kusut ke... eh! lipstik ada tak ni? kang
nampak pucat je... tak menawan pulak... nak senyum macam mana ek? nak tegur ke tak ni? kang tegoq kang.. dia kata gatal pulak.. ish... tak tegoq kang.. melepas pulak....."

hehehehee.... peristiwa di atas pernah terjadi pada anda? apa yang anda rasa bila orang yang anda minati berada di depan mata anda... hai... kalaulah jantung tu buleh keluar, dah lama tercabut dari tangkainya, kan! ahaks...

bila kita dah berdebar2 tu... bila kita asik nak tarik perhatian orang tu je... tandanya kita dah crush kat dia. kalau buleh, nak dengar suara dia selalu... nak tengok muka dia sepanjang masa... nak dia beri perhatian pada kita sorang je.. terdengar dia sakit sikit, teruih pi cari ubat untuk dia. padahal kita sindri sakit, tahan dok merengkok je kat umah....

time tu... mulalah ilham mai terkepuk2. sampai membuak2... kalau beli buku tulis budak sekolah, harus penuh satu buku! heheeheh... itu tandanya dah jatuh cintalah tu....

Apa Nak Buat Kalau Jatuh Cinta?-------------------------------

1/ pastikan yang anda benar2 jatuh cinta padanya atau hanya suka saja2.

2/ check dulu.... dia dah berpunya atau belum... jangan main bantai nak crush je kat dia... sekali... tengok2 anak dah ada 2 orang... heheeh...

3/ jangan tunjukkan sangat perasaan anda. cuba dekati dia perlahan2 dulu. jangan terus serang je
sesiapa yang bersamanya.

4/ kalau betul2 dah sukakan dia, apa kata berterus terang. zaman skang ni bukan zaman 60-an kan! lelaki dah buleh terima kalau perempuan yang mulakan dulu!!

5/ just be ur self. elakkan mengubah identiti anda mengikut seleranya. katakan, dia sukakan perempuan yang berpakaian seksi sedangkan anda tidak. takkanlah nak tukar imej pulak, kan! silap2 haribulan, orang ingat anda dah tak betul!!

6/ cuba tarik perhatiannya. kalau segala yang anda buat betul di matanya... bolehlah terus pada step seterusnya!

Perbezaan Cinta, Sayang, Suka dan Minat---------------------------------------

Oppsss.... jangan salah faham di antara cinta, sayang, suka dan minat....

Cinta - kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.

Sayang - kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.

Suka - kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...

Minat - apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap dan botak. cam Lex Luthor lah katakan.... ahaks!! then, kita terjumpa ngan orang sebijon cam si Lex ni. so, sure kita dok intai2 dia... tengok apa yang dia buat... ataupun, dia pandai melukis. apa je yang dia lukis, cantik belaka.... kita pula suka lukisan tapi tak pandai melukis pulak.... jadi, kita minat pada dia sebab lukisan....


mengurat
Bila seorang individu cuba mendekati atau menarik perhatian individu lain yang berlainan jantina - individu itu dikatakan sedang mengurat. Walaupun niatnya cuma hendak berkawan dan tidak lebih dari itu, orang lain tetap akan mengatakannya sedang mengurat.

Saya ingat istilah mengurat ini khas bila kita betul-betul kita hendakkan individu berkenaan sebagai pasangan hidup. Rupa-rupanya tidak begitu pandangan orang lain. Asalkan kita kelihatan cuba akrab dengan seseorang yang berlainan jantina - sahlah kita sedang mengurat. Soal apakah ianya kerana kita nak berkawan sahaja atau ada niat lain tidak timbul.

Mungkin kerana mereka beranggapan mula-mula berkawan selepas itu ia akan berkembang. Saya pula memulakan hubungan berdasarkan niat. Jika niat saya berkawan, berkawan sajalah. Jika niat saya hendak berpasangan, maka berpasanganlah. Amat jarang sekali niat itu berkalih arah apatah lagi saya jenis yang menumpukan cinta pada pilihan hati.


Apa pun, demikianlah mengurat - ianya melibatkan proses membaca yang bukan-bukan. Sebagai contohnya, kalau dia tidak pernah senyum apatah lagi tegur kita tetapi pada hari ini misalnya, dia senyum dan tegur kita. Itu sudah boleh ditafsirkan sebagai "lampu hijau". An invitation smile.


Tetapi apakah senyuman dan sapaan itu mutlak dapat ditafsirkan sebagai satu jemputan perkenalan? Tidakkah mungkin ianya membawa erti yang lain? Bagaimana menentukannya? Kalau salah tafsir, boleh jadi kes naya.


Isyarat-isyarat ini apakah benar pula ianya isyarat cinta dan ditujukan kepada kita?


Tidakkah mungkin dia melahirkannya tanpa niat sebagai isyarat? Sekadar reaksi spontan terhadap ketika dan situasi tertentu?


Inilah dilema yang amat besar dalam membaca yang bukan-bukan ini. Kita menafsirkan sesuatu itu sebagai isyarat (signal) berdasarkan kepekaan, ilmu dan pengalaman kita. Manusia ini unik. Barangkali manusia yang kita jumpa itu - tergolong dalam jenis yang sebelum ini kita tidak pernah jumpa. Ada kemungkinan isyaratnya - walaupun biasa kita temui membawa makna yang lain dari yang biasa kita fahami.


Tetapi bagaimana mahu menentukan? Apakah ada kebenaran mutlak dalam hal ini?

Yang selalu menjadi rujukan adalah para senior - mereka yang kita anggap berpengalaman. Tetapi pengalaman mereka adalah unik terhadap diri mereka dan pasangan mereka juga. Apakah kerana mereka telah melalui fasa mengurat itu bermakna mereka memahami seluruh isyarat yang mungkin diberikan oleh pasangan? Tidak juga.


Bila kita percaya sepenuhnya kepada tanggapan maka jadilah hukum seperti jika dia tidak telefon aku hari ini bermakna dia tak suka kat aku. Jika dia tak pelawa aku keluar minggu ini bermakna dia tak mahu kat aku. Sedangkan misalnya, pihak yang satu lagi mempunyai halangan-halangan lain untuk menyebabkan dia melakukan apa yang ditanggap oleh pasangannya. Yang seronoknya, dalam hal ini, pasangan sering sekali mengingkari logik. Kita lebih gemar berpegang kepada - tidak kira apa pun yang berlaku - apa pun kesukaran yang dilaluinya, jika dia sayang kat aku maka dia akan telefon aku, dia akan pelawa aku keluar dan sebagainya…


Saya pernah melalui satu ketika di mana saya gagal menghadiri temujanji dengan dia kerana kesibukkan yang muncul serta merta - tidak dirancang. Saya telefon tak dapat-dapat. Ha - salah siapa tu? Bila saya berjaya menghubungi - segalanya sudah terlambat. Dia sudah merajuk dan menyalahkan saya.


Logiknya mudah - takkan tak dapat telefon langsung? Percayalah - saya dah cuba berkali-kali!!!!


Mengapa pula misalnya hal yang sebegitu dijadikan indikator penting dalam menilai keserasian dan keseriusan pasangan terhadap hubungan?


Ini saya fikir perlu dinilai semula. Apakah kalau dia lambat 10 minit maka tanggapan kita ialah dia tak suka kat kita, tak bertanggungjawab dan sebagainya.


Mengapa ya kita suka membaca yang bukan-bukan?


Mengapa tidak kita bersangka baik dan fokus kepada bagaimana kita boleh mengukuhkan hubungan?


Mungkin kerana sifat kita sebagai manusia ini ialah pentingkan diri sendiri. dan diperingkat awal hubungan kita menilai pasangan kita - apakah benar dia betul-betul mahukan kita di setiap kesempatan yang ada.

Saya fikir pula bahawa tanggapan ini berasaskan naluri yang salah. Saya berpendapat kita seharusnya meyakini komitmen dan kelangsungan hubungan. Soal bagi kad harijadi atau tidak, hadiah atau tidak, puji-pujian, telefon dan sebagainya adalah cara seseorang itu menzahirkan cinta.

Kalau ikut saya, kalau pun seseorang itu melakukan semua yang di atas, belum tentu lagi arahnya dia mahu berumahtangga. Sebabnya, bagi saya, setakat bagi hadiah, bagi kad, concern - itu tanggungjawab sahabat. Tidak mesti ia disertikan untuk hidup bersama.


Saya juga melihat rasa ragu, rajuk dan marah atas hal-hal seperti terlambat, lupa bagi kad harijadi, lupa telefon dan sebagainya adalah berasaskan rasa diri kita yang takut. Takut dia sebenarnya tidak sayangkan kita sepenuhnya. Takut dia ada yang lain. Takut kita bertepuk sebelah tangan. Pokoknya, kita meragui kasih sayang dia dan komitmen dia terhadap kita. Jarang sekali kita persoalkan komitmen kita dan kasih sayang kita kepada dia. Sedangkan bila kita bicara soal hubungan, ianya melibatkan dua insan ; dua hati.


Darik satu sudut, jika itulah petandanya, maka bererti kita sebenarnya tidak yakin terhadap 'hubungan cinta' bersama. Cinta kita masih belum matang.


Bagi saya, jika cinta itu matang, beradalah dia jauh dari sisi, kita yakin cintanya tetap subur. Datanglah Prince Charming dari mana pun, cintanya tetap pada kita.


Tidak sukar sebenarnya untuk mencapai keyakinan sebegini. Asalkan kita dapat menerima pasangan seadanya. Memahami hakikat perkara yang diketahui dan belum diketahui serta - sebagai mansuia - dia dan kita tidak maksum. Jika tumpuan diberikan kepada hubungan dan bukannya soal titik bengik, maka saya pasti, cinta itu akan matang, menjadi lebih indah, mudah diurus dan pertelingkahan tidak lebih dari satu kaedah bermanja.


Jadi jika anda mendekati seorang gadis atau jejaka, awas - anda akan dikatakan sedang mengurat dan setiap tingkahlaku anda - tiap senyum, tiap tunduk, tiap bicara malah dialog pun - akan dinilai bukan saja oleh dia - sebab kadang-kadang yang diurat pun tak sedar dirinya sedang diurat - tetapi lebih dahsyat oleh orang sekeliling yang gemar pula bermsyuarat tidak rasmi dan sanggup membincangkan hal-hal sebegini berjam-jam lamanya.


Itulah - nak kawan pun susah. Nak bertenet pun lagi susah.Ingat senang?

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...