Sunday, February 13, 2011

Maafkan...

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris??Mengapa tidak mahu melupakan disakiti?Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat?andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain beerti kita belum mempunyai hati yg benar-benar bersih,kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf.Lunakkan hati dengan renungan ini:

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat
ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah.Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita.Bila ada orang membuat kesilapan,siapakah kita untuk marah,berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.
Setiap orang ada kelemahannya dan kekurangannya,termasuk diri kita.kalau hari ini orang bersalah dengan kita,tidak mustahil suatu hari nantikita pula tersalah dengan orang.Apakah kita jamin yang kita tidak akan dapat membuat salah atau silap?kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita ,pasti orang lain mengharapkan kemaafan diri kita.

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua .
Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH.Dia mahu ,melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya.Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata “ALLAH,tidak patut Kau buat aku begini”.

Bila orang bersalah dengan kita
selidikilah apakah dosa kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita.Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap
Manusia atau kecuaian kita pada ALLAH,nanti akan datang rasa ‘
memang patut dihukum’dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.

Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH,seharusnya kita bersyukur kerana dihukum didunia ini.itu juga tanda
ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia ini agar terlepas hukuman yang lebih dasyat di akhirat. Sepatutnya ini mengembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang lain ,kita tidak untung apa-apa.Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya;maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.

Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada
sifat kehambaan,yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH ang Maha Mengetahui.Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa ,kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.

RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:
“SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG LAMBAT MARAHNYA DAN SEGERA PULA REDA APABILA SUDAH MARAH DAN SEJAHAT-JAHAT MANUSIA ADALAH ORANG YANG LEKAS MARAHNYA DAN LAMBAT PULA REDA MARAHNYA ITU”

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...