Tuesday, February 1, 2011

Petua lagi

continued...


Petua : Mengilat Barang Kemas ( Emas )Barang kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan kilauan emasnya.caranya..
Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi ( apa-apa jua jenama ) dan rendamkan barang kemas tersebut selama 1/2 jam Lepas tu...keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi
yang terpakai.Bilas dengan air bersih.Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru. Selamat mencuba.Usaha tangga kejayaan.
                                                                               

Petua : Ubat Batuk dan Lelah
1.Ambil satu biji lada masak dan satu lada putik iaitu jenis lada yang masak merah dan putiknya putih.
2.Satu sudu minyak tanah
3.Satu sudu minyak masak
Kedua biji lada tadi dihancurkan bersama-sama dengan minyak dan setelah hancur lumat,sila tapis dan dapatkan minyak yang bercampur dengan lada tadi.Sapukan pada tengkok dan dada,anda akan rasa selesa selepas 10 minit mencuba dan cuba sapu 2/3 kali sehari.Insyallah legalah ia.
                                                                             
Petua :  Menghilangkan KutilUntuk menangani masalah tersebut cubalah anda mencari seekor ikan kekek dan sila ambil 3 keping tulangnya.Lalu anda basuhkan kutil di anggota badan anda dengan air.Selepas itu ambil 3 keping tulang tersebut dan cocokkan dalam bentuk 3 segi....yakni satu ke arah barat,satu ke arah timur dan satu ke arah selatan....Kemudian tinggalkan 3 keping tulang tersebut didalam.Kamu akan dapati kutil itu akan gugur dengan sendirinya selang beberapa hari.....Insya Allah...
                                                                               

Petua : Ikan Gulai Lebih Lembut Dan Sedap.Jika anda ingin sedapkan lagi masakan anda utama nya yang menggunakan ikan campurkan sedikit halba kedalam masakan anda,Insyallah ikan itu akan lebih lembut dan sedap.Cubalah....
                                                                              
Petua : Melambatkan Rambut UbanSelepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap.InsyaAllah, rambut anda tidak beruban
                                                                               
Petua : Lelaki lambat keluar air mani
Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh,dan lakukan hingga seterusnya.. insyallah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.
                                                                               

Petua : Kesan  hilangkan  Parut Jerawat  mukaKepada sesiapa sahaja yang mempunyi muka berminyak meraka bernasib baik kerana muka yang berminyak boleh menghilangkan parut jerawat walau makan masa yang lama sedikit..Cara yang lain iaitu anda tak dibenarkan
makan kicap bagi mengelakan kesan paruh jerawat tersebut...Selamat mencuba petua saya ini.
                                                                               

Petua : Menghilangkan  Penyakit  KuningRamai ibu-ibu yang mengalami,semasa mengandung kurang minum air dan menyebabkan apabila bayi mereka lahir bayi mereka akan kena sakit kuning Untuk menyembuhkannya sila beri bayi tersebut meminum air susu
kambing,pasti penyakit kuningnya akan hilang.
                                                                             
          

Petua : Mengurangkan Sakit KepalaAmalkanlah petua datuk nenek kita dahulu. Caranya biasakan diri setiap kali bangun pagi,basuh muka dahulu sebelum memberus gigi.insya-Allah kita tidak di serang sakit kepala.Mencegah lebih baik dari mengubati.
                                                                               

Petua : Menyerikan WajahAmbil,embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian basuh muka anda.Amalkan selalu insyaallah.
                                                                             
            

Petua : Merawat  BisulSekiranya anda terkena bisul ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan keatas bisul tersebut. Biarkan lebih kurang 5 minit kemudian bersihkan.Ulang sehingga nanah bisul itu terkeluar insyaalah mujarab
                                                                               

Petua : Buang  Ketuat ( Butil )Ambil sebiji buah betik muda.Hiris supaya getahnya keluar.Letakkan getah pada ketuat yang telah dikikis sedikit kulit luar yang keras.Biar beberapa jam sehingga getah kering.Kikis kulit ketuat yang telah diselaputi getah kering.Ulangi proses di atas sehingga kulit ketuat menjadi nipis.
                                                                             
          

Petua : Menghaluskan RambutCubalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.
                                                                               

Petua : Ingin anak perempuan dan lelakiKalau tuan dan puan inginkan anak perempuan lebihkan banyak makan Ikan dan Sayuran Hijau.Sekiranya inginkan anak lelaki banyakkan makan daging AYAM dan Daging Lembu.
                                                                             
       

Petua : Mencegah JeragatJika anda berhasrat untuk mencegah atau mengurangkan jeragat di wajah,gunakanlah hampas kelapa.Gosok-gosokkan hampas kelapa di seluruh wajah.Biarkan selama 15 minit atau lebih.Amalkan selalu,insyaallah
jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu...
                                                                               

Petua : Melembutkan rambut.Selepas mandi, bilas rambut dengan air teh suam, Gosok serata rambut dan biarkan 10 minit baru dilap rambut tersebut! Insyallah, ianya mujarab kerana saya memang mengamalkannya!
                                                                               

Petua : Mengawal kencing manis.Bagi yang mengidap Kencing Manis di peringkat permulaan , ambil akar semalu dan jemurkan sehingga kering.Kemudian rebus dan airnya diminum  Amalkan selama dua minggu setiap pagi..Insyallah..
                                                                               

Petua : Mengilapkan cermin.Anda ingin mengilapkan perabot rumah anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak Cubalah petua saya. Ambil kertas surakhabar celupkan kedalam air selepas itu gosoklah pada cermin sehingga kering isyaallah cermin akan
berkilap serperti baru.
                                                                               

Petua : Kencing malam.Jika kanak-kanak kencing malam, setiap awal pagi apabila bangun dari tidur.Pegang kaki kanak-kanak tersebut keatas dan kepalanya kebawah Insya-allah ianya akan berhasil, amalkan selalu Bagus juga utk orang dewasa
yang masih kencing malam.
                                                                               

Petua : Menurunkan darah tinggi.Cara untuk menurunkan darah tinggi ialah dengan cara ambil pucuk limau puruk rebus hingga mendidih dan airnya dibuat minum tiap-tiap hari ,insyaallah dengan cara ini dapat menurunkan darah tinggi dengan izin Allah . Selamat
mencuba.
                                                                               

Petua : Menghilangkan panas makan durian.Satu cara yang amat mujarab ialah dengan meminum air dari pangsa durian. caranya selepas makan durian,kulitnya atau pangsa kita taruh air masak lalu minum. Insyaallah badan kita tak panas. selamat mencuba..
                                                                               

Petua : Hilangkan Bau Hangit KetiakCara yang amat mudah dan murah. Anda hanya perlu sapukan sedikit sahaja kapur sirih di kedua-dua ketiak anda selepas mandi iaitu sebelum anda memakai bedak/deodoron. InsyaAllah berkesan untuk aktiviti seharian.Selamat
mencuba..
                                                                               

Petua : Terangkan mataCaranya ialah dengan minum air lobak merah selalu.Amalkan selalu selepas makan pagi, petang dan malam insya'allah mata anda akan dapat melihat dengan terang.
                                                                               

Petua : Memudahkan segala urusan.Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu @ dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. contohnya: Interview , baca ketika hendak masuk jumpa
sipenemuduga. Baca dengan niat yang ikhlas.
                                                                               

Petua : Menghilangkan botak.Caranya ialah cari buah keras di kedai mamak, kemudian bakar dan tumbuk. Kemudian dicampurkan dengan minyak zaitun. Cara menggunakannya....sapukan ditempat yang tiada rambut serta diurut-urutkan di tempat tersebut. Lakukan
selama 2 minggu berturut-turut, sapukan di sebelah pagi dan malam. Insyaallah anda akan berpuashati dengan hasilnya selamat mencuba.....

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...