Tuesday, February 1, 2011

Petua nenek moyang

Untuk dikongsi bersama..
jom baca yuk..

Petua : Hilangkan Kesan Parut Demam Campak
Daun cermai dan sedikit beras, ditumbuk lumat. Campurkan sedikit air agar kelihatan seperti bedak sejuk.  Kemudian sapukan pada bahagian yang berparut. Sapukan setiap hari sehingga parut tersebut hilang

Petua : Kecutkan  Jerawat!!
Caranya, ambil seketul kunyit sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan kacau rata. Kemudian, sapukan pada sekitar wajah anda. Biarkan selama 20-30 minit dan cuci hingga bersih.
Amalkan selalu..Insya -Allah, jerawat pada wajah anda akan mengecut dan tampak jelita !!
                                                                              
       
Petua : Sakit  Tumit  KakI

Ambil 1 kg garam kasar.dipanaskan mengunakan kuali dengan cara mengoreng tanpa minyak. panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas.setelah garam tersebut menjadi panas bungkus mengunakan kain.
kemudian tuamkan tumit anda dengan garam kasar tersebut. insyaallah ia akan sembuh
                                                                                
 Petua : Melegakan Selsema Bayi dan Kanak2

Dapatkan ibu kunyit sebesar ibu jari, potong diatasnya, korek dengan paku yang sederhana besar dan sumbatkan sedikit kapur makan didalamnya, digaulkan, biar bercampur antara kunyit dan kapur tadi, dan bolehlah disapukan diatas hidung bayi, sebaiknya ketika bayi tidur..lakukan selalu, insyaallah hidung bayi tidak akan tersumbat dan boleh tidur lena.
                                                                               
Petua : Gigi  Kuat
Amalkan selalu petua ini,Setiap kali anda penat kerana berlari dan sebagainya,anda hendaklah kacing gigi jangan biar mulut ternganga dan setiap kali anda membuang ayer besar kancinlah gigi anda ketika meneran begitu juga semasa anda sampai kekemuncak ketika bersetubuh jangan ternganga ,kancinlah gigi anda Insyaallah gigi anda akan kuat
                                                                               

Petua : Petua  Mendapatkan Anak

Mendapatkan anak lelaki atau perempuan seperti kata orang anak selang bunga memang payah. Namun usaha dan petua yang diamalkan insyAllah boleh diperolehi.Jika inginkan anak lelaki, air mani lelaki hendaklah dipancutkan terlebih dahulu daripada perempuan. Kemudian tidurlah mengiring ke kanan Jika inginkan anak perempuan, air mani perempuan hendaklah dipancutkan atau kekemuncak dahulu. Kemudian tidurlah mengiring ke kiri. Insyaallah jika diiringi doa.
                                                                               

Petua : Dapatkan Anak
Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan
yang tak dapat anak setelah berkhawin sekian lama....atau baru kahwin inginkan terus dapat cahayamata.
1- Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli( warna hitam ) setiap awal pagi sisuami.
2- Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi,baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga
3- Amalakan bersedekah setiap hari jumaat,bila pergi ke masjid,InsyaAllah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.
Cara Buat Senaman Batin :-
1- Duduk bersila badan tegak
2- Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
3- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan , tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam-dalam (slow )
4- Setelah nafas penuh didada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan
    ( jangan lepaskan nafas tahan selama 7 saat ) jika tidak mampu jangan paksa.
5- Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.
6- Buat 3 x atau 7 x setiap lepas sembahyang subuh Jika betul melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya
    3 x buat.(maksudnya 3 x kanan dan 3 x kiri ).Selamat mencuba.
                                                                                   

Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri, lagi pun uban tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah dengar petua dari arwah nenek saya ( dia meninggal semasa berumur 102 tahun ) rambut nya masih hitam. dan dia bagi petua pada saya katanya,kalau nak lambat atau menahan uban dari tumbuh caranya :
Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kemudian goring dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk sampai betul-betul lumat, kemudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, InsyaAllah menjadi.
                                                                               
Petua :  Kurangkan Kolestrol Dalam Darah
Sebelum sarapan pagi, ketika perut benar-benar kosong, perah limau nipis/kesturi yang dicampur dengan sesudu madu, dan diminum dengan selawat 3 kali. Dengan mengamalkan setiap hari, kadar kolestrol dapat dikurangkan. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan, jika diamalkan sambil mengurangkan makanan berminyak, pasti dapat mengatasinya.
                                                                               
Petua : Kempiskan Perut

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .Lumurkan atau sapu dekat perut ,amalkan setiap hari
                                                                               
Petua :  Menghilangkan Jerawat

Ambil pucuk daun jambu batu kira-kira 4 atau 5 helai gosokkan pucuk jambu dengan sedikit garam pada tapak tangan.kemudian sapu
                                                                               
Petua : Mengelakkan  Naik  Bisul

Untuk Menggelakkan anda dari terkena Bisul (Sejenis penyakit Kulit ), Selepas anda Bersin anda hendaklah meludah Air Liur , Jangan ditelan sisa - sisa air liur yang ada didalam mulut..... Jika di Amalkan Insyallah anda tidak akan mendapat Bisul.
                                                                               
Petua :  Memutihkan  Kulit  Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.
                                                                               
Petua : Pembersihan  Dalaman  Badan

Ambil beberapa biji limau nipis. Potong kemudian perah untuk diambil jusnya.Sediakan bekas menyimpan kiub ais, tapiskan jus limau tadi sebelum dimasukkan kedalam bekas kiub ais itu. Setelah selesai bekukan jus itu, amalkan dengan menyediakan segelas air suam yang dicampurkan seketul kiub ais jus tersebut setiap pagi sebelum sarapan.Untuk menguruskan badan,amalkan sebelum masuk tidur. Insyallah..
                                                                                        
Petua : Tambah  Power

Untuk  menambahkan power semasa bersetubuh di mana  sila amalkan petua berikut;-
1.Kalau nak buang air besar jangan seiring dgn air kecil.Oleh itu kalau nak buang air besar maka air kecil harus ditahan dan tarik nafas,sebegitu juga sebaliknya.Yang penting jangan buang kedua2 air sekali.
2.Amalkan dikepalkan sebesar ibu jari nasi dan telan semasa hendak mula makan. Sekian
                                                                               
Petua : Menguatkan Zakar ketika bersetubuh

Caranya amat mudah dan senang diamalkan iaitu :
1) Sediakan segelas susu dan dicampur isi jagong 3 x sehari atau lebih ( amalkan ).
2) Sediakan segelas susu dan buah kismis ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih.
3) Sediakan segelas susu dan kacang hijau yg dah direbus ( amalkan ) 3 x sehari atau lebih.
Tempuh masa diamalkan adalah 3/hari setiap yg dinyatakan diatas maknanya 3 x 3 = 9 hari Insyaallah terbukti hasilnya kelakian anda.Selamat mencuba....
                                                                              

Petua2 ni aku kumpul dr pembacaan2 from internet jugak.

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...